(¯`♥´¯) .♥.•*¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´♥ MUHASABAH HATI
~aku belajar menjadi budak yang matang menilai erti kehidupan kerana keanak-anakkan hanya bisa menjadikan aku berfikir dalam ruangku dan menyesakkan nafasku menghadapi ujian kehidupan,
☆.¸¸.♥☆.¸¸.♥☆.¸¸.♥☆.¸¸.♥☆.¸¸.♥
~aku belajar melupakan tentang perasaanku walaupun usiaku masih bermain dengan hati sendiri kerana aku ingin menyerahkan perasaanku hanya pada Dia yang menentukan
☆.¸¸.♥☆.¸¸.♥☆.¸¸.♥☆.¸¸.♥☆.¸¸.♥
~aku belajar menjadi insan yang belajar apa itu semangat yang kuat kerana putus asa hanya akan memimpinku ke binasa yang mematikan roh pemilik jasad yang masih bernyawa,
☆.¸¸.♥☆.¸¸.♥☆.¸¸.♥☆.¸¸.♥☆.¸¸.♥
~aku belajar meyakini sebuah cita-cita yang masih di langit dan tidak lagi kurasa tetapi ku yakini ia akan hadir kerana aku menyakini janjiNya,
☆.¸¸.♥☆.¸¸.♥☆.¸¸.♥☆.¸¸.♥☆.¸¸.♥
~aku belajar dari sebuah kegagalan semalam yang aku terima sebagai tanda redha atas ketentuanNYa dan sebagai tanda aku mengakui bahawa aku hanya insan biasa,
☆.¸¸.♥☆.¸¸.♥☆.¸¸.♥☆.¸¸.♥☆.¸¸.♥
~masih banyak yang aku belajar dan terus belajar dan kadang-kadang hal yang memilukan terjadi lantaran aku lupa apa yang aku belajar dari kehidupan sementara ini.
✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠